17:19 PM
Sultan Johor dimasukkan ke hospital kerana gering
JOHOR BAHRU: Berikutan kenyataan rasmi Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli:
JemaahMajlis Diraja Johor memaklumkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar,Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor DarulTakzim telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru pada 22Januari 2010 kerana kegeringan.
Dengan itu, Jemaah Majlis DirajaJohor membuat keputusan di bawah pasal 9 (1)(B) dan 9 (2) BahagianPertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1995.
Setelahmenerima laporan kesihatan daripada pakar-pakar perubatan, bersetujumelantik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ibrahim Ismail Ibni SultanIskandar, Tengku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja pada hari ini, 22Januari 2010 bagi menjalankan tugas raja semasa kegeringan Duli YangMaha Mulia Sultan Iskandar.
Rakyat diminta berdoa supaya keadaan baginda sembuh sebagaimana sedia kala.
http://www.bharian.com.my/Curren ... 00122171900/Article

还没有死~