本帖最后由 SsandwichH 于 2013-11-6 01:54 PM 编辑
eternity14yd 发表于 2013-11-6 01:40 PM 
应该是吧@@ 这次是sem3的题目~关于retrorik的吧~你知道他们的差别?
谷歌翻译pemerian是描述
pendedahan是曝露
因为我的课本几年前卖给收旧货了,有点难帮到你
2. Jenis-jenis Retorik
a. Pemerian
- Retorik pemerian bertujuan memberikan gambaran visual yang jelas kepada khalayak seperti dalam lukisan.
- Penghasil wacana akan memindahkan pengamatan dan pemerhatian kepada khalayak termasuklah imej, hal fizikal, keadaan, perasaan, suasana, dan latar.
- Walau bagaimanapun, dalam retorik ini penghasil wacana hanya menggambarkan keadaan sebagaimana kewujudan sebenar dan tidak melibatkan emosi, imaginasi dan pandangan penghasil.
- Penghasil wacana boleh memberikan gambaran secara realistik iaitu berdasarkan fakta yang konkrit atau secara impresionistik iaitu gambaran yang boleh menimbulkan imaginasi.
Contoh retorik pemerian:
Desaru Resort terletak di pantai Desaru yang menghadap Laut Cina Selatan. Pusat peranginan ini meliputi kawasan seluas 25 ekar dan menempatkan 793 unit suite yang mengandungi satu hingga empat bilik. Setiap satu dilengkapi dengan peralatan seperti telefon, peti sejuk, peti televisyen, gelombang ketuhar mikro dan meja makan
d. Pendedahan
- Retorik pendedahan merujuk kepada satu teknik pemakaian bahasa yang menampakkan sesuatu perkara atau topik sehingga dapat difahami oleh khalayak.
- Retorik ini juga dikenali sebagai retorik penjelasan dengan sesuatu topik dihuraikan, disingkapkan, dipaparkan dan ditunjukkan dengan jelas dan terperinci.
- Untuk menghasilkan retorik ini, teknik penyampaian idea pentakrifan, pencerakinan, penggolongan dan percontohan digunakan.
Contoh retorik pendedahan.
Islam Hadhari diertikan sebagai ajaran islam yang progresif dan dapat meningkatkan kualiti hidup manusia. Konsep Islam Hadhari menekankan system social yang berasaskan prinsip moral bagi menjamin keseimbangan antara kebebasan individu dengan kestabilan masyarakat.
http://bmsmksm.blogspot.com/2011 ... melayu-1-pra-u.html