好呀好呀,谁没有还钱就cut,cut,cut
Ruj : PPBDOP10/JPKP10_250612 Tarikh: 25 Jun 2012
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ
Penduduk P10, Bandar Dato Onn Johor Bahru
Tuan/Puan,
BAYARAN YURAN KESELAMATAN & SELENGGARAAN MULAI 1-JULAI-2012
Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan P10 (JPKP10) di bawah naungan Persatuan Penduduk BDO-P10 (PPBDO) telah dibentuk khusus untuk menguruskan urusan keselamatan di P10 mulai Julai 2012.
Mulai 1-Julai-2012 kadar bayaran yuran keselamatan & selenggaraan di P10 adalah:
Bayaran Setiap Rumah : RM 65.00 sebulan
Tarikh akhir bayaran : Sebelum 10hb setiap bulan
Tempat Bayaran a) Kedai Runcit One-Mart
b) Kedai Buku/Alatulis di Pusat Komuniti P10
c) Pejabat PPBDO di Dewan P10 Bandar Dato Onn
d)‘Online transfer’ Maybank2U.com.my
(sila dapatkan panduan bayaran online di kedai One-Mart/buku tulis)
• Nota: Ahli PPBDO diberi diskaun RM5.00/sebulan.
Kadar bayaran akan DIKAJI semula pada bulan September 2012 selepas mengambil kira peratusan bayaran penduduk P10. Untuk mengekalkan kadar RM65.00 ini sekurang-kurangnya 500 buah rumah (75%) di P10 mesti menyumbang dari 662 buah rumah di P10.
LANGKAH-LANGKAH KE ATAS PENDUDUK YANG TIDAK MEMBAYAR
a) MEMBATALKAN kad akses mereka mulai 11-Aug-12. Mereka perlu mendaftar di Pos Pengawal Utama
setiap kali masuk ke P10.
b) MENGHANTAR BULETIN ke semua rumah di P10 setiap bulan dengan maklumat penduduk yang gagal
membuat bayaran (no rumah & jalan sahaja) supaya jiran-jiran terdekat dapat memberi galakan &
kesedaran kepada mereka untuk sama-sama berkongsi dan menyumbang ke arah P10 yang lebih selamat.
ANGGARAN KOS BULANAN KAWALAN KESELAMATAN & SELENGGARAAN DI P10
Jumlah pengawal (5 pagi & 4 malam) 9
Pos Pengawal Tepi (B & C) Tutup 12 mlm- 6 pagi
Kos pengawal (RM 5.80/jam) @ RM2250.20 seorang RM 20,251.80
Kos Pekerja Sementara pentadbiran (min, max 3 orang)
* Jangkaan 1 -3 orang pekerja diperlukan mengikut fasa pengurusan. RM 1,350.00
Kos Selenggaraan (post/cctv/kad access) RM 3,000.00
Kos pejabat, utiliti, bill RM 1,500.00
Jumlah besar sebulan RM 26,101.80
Salam hormat,
Mohd Rudy A Wahab
Setiausaha PPBDO/JPKP10