|
|
Bandar Dato Onn (重新出发!!)歡迎各位朋友進來:P |
Fakta-fakta kawalan keselamatan yg perlu di fahami & diselami hasil selidikan & lawatan PPBDO ke 'gated & guarded' community yg lain.
PPBDO memerlukan kerjasama & pertolongan penduduk khususnya ahli-ahli. Usah terpedaya dgn kata-kata kosong tanpa fakta 'awan nano' "...RM30 cukuplah ... kerja guard senang ...bayar murah aje...". This is not an easy task.
Juga, tiada bezanya bantuan yg dihulur penduduk P10 atau AJK PPBDO kerana kedua-duanya (penduduk & AJK) tidak menerima gaji atau keistimewaan atas usaha ini. So, mohon dijauhkan komen2 seperti " Apa guna jadi AJK?" dsb kerana AJK cuba membantu anda, bukan 'pekerja' anda. Sama-sama kita membantu.
...
FAKTA (bukan cakap kosong):
1. Ada 662 unit rumah di P10 dengan anggaran 550 rumah telah di huni.
2. Johor Land spend RM 31,348.00 sebulan utk guards di P10 (7 guards siang + 8 guards malam).
3. Johor Land spend RM 5,500.00 sebulan untuk kebersihan & landskap di P10.
4. Taman Lake Palm & Lake Palazzo, Seri Austin JB.
Jumlah unit rumah: 340
Pengendali : Private Management Company
Jumlah pengawal : 2 siang + 2 mlm
Jumlah pekerja : 1 permenant staff
Pintu Masuk: 1
Peratus kutipan: 98%
Yuran bulanan : RM 85 setiap rumah
Bilik operasi : Sebuah bilik dibina sebagai pejabat pengurusan bersebelahan pos pengawal.
5. Setia Tropika (Licuala precint) - 1st precinst
Jumlah unit rumah: 474
Pengendali : Persatuan Penduduk
Jumlah pengawal : 3 siang + 3 mlm
Jumlah pekerja : 1 permenant staff
Pintu Masuk: 1
Peratus kutipan: 85%
Yuran bulanan : RM 70 setiap rumah
Bilik operasi : Seorang penduduk mewakafkan 1 bilik rumahnya sebagai pejabat pengurusan.
6. Setia Tropika (Arecca Garden ) - 2nd precinst
Jumlah unit rumah: 572
Pengendali : Persatuan Penduduk
Jumlah pengawal : 3 siang + 3 mlm
Jumlah pekerja : 3 temporary staff
Pintu Masuk: 1
Peratus kutipan: 92%
Yuran bulanan : RM70 tetapi baru diturunkan kpd RM50 tahun ini kerana peratus kutipan yg tinggi.
Bilik operasi : 1 kontena di beli & diubah-usai dgn kos RM15,000 sbg pejabat pengurusan.
7. Setia Tropika (Caryota Square ) - 3rd precinst
Jumlah unit rumah: 656
Pengendali : Persatuan Penduduk mulai Aug 2012
Jumlah pengawal : Jangkaan 4 siang + 4 mlm
Jumlah pekerja : Jangkaan 3 temporary staff
Pintu Masuk: 1
Peratus kutipan: N/A
Yuran bulanan : Anggaran RM70 setiap rumah.
Bilik operasi : 1 kontena akan beli & diubah-usai dgn sbg pejabat pengurusan.
Sekiranya P10 melantik syarikat pengurusan swasta utk pengurusan keselamatan, anggaran bayaran setiap rumah utk guard 4 siang & 4 mlm adalah RM120 setiap rumah.
我们的有3个gate的话价钱不是要 X3 咯
或者假如爽爽markup多一个30%就很粗聊。
)
JBTALKS.CC |联系我们 |隐私政策 |Share
GMT+8, 2026-4-23 06:36 AM , Processed in 0.103196 second(s), 18 queries .
Powered by Discuz! X2.5 © 2001-2012 Comsenz Inc.
本论坛言论纯属发表者个人意见,与本论坛立场无关
Copyright © 2003-2012 JBTALKS.CC All Rights Reserved
Dedicated Server powered by iCore Technology Sdn. Bhd.