Selamat sejahtera dan selamat pagi.Yang Dihormati tuan pengerusi majlis,Yang Berbahagia,guru-guru dan rakan-rakan seperjuang sekalian.
Saya berbesar hati kerana diberi peluang menyampaikan sepatah dua kata mewakili murid-murid untuk menyampaikan ucapan sempena Majlis Hari Guru ini.
Tujuan mengadakan Hari Guru adalah untuk mengenang jasa dan sumbangan para guru kepada masyarakat dan negara.Di samping itu,bertujuan untuk menggiatkan lagi perjuangan mereka bagi kepentingan masa depan kita semua yang akan menggantikan tempat mereka.
Saya mewakili murid-murid ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang mengajar kami.Berkat usaha guru-guru,kami dapat mengenal ilmu.Jasa –jasa guru tidak akan kami lupakan.Tambahan pula,“ada ubi ada batas,ada hari boleh dibalas.”Insya-Allah akan kami balas jasamu guru.
Guru sanggup berkorban masa,tenaga dan wang mereka demi kejayaan murid-murid.Bagi mereka memadailah apabila melihat murid-muridnya berjaya.Namun murid-murid perlu berusaha bagi menghargai jasa mereka.Guru-guru sentiasa mempersiapkan diri untuk menggiatkan lagi perjuangan mereka laksana“genggam bara api biar sampai jadi arang.”
Guru-guru juga sentiasa memainkan peranan dalam menangani masalah kemerosotan disiplin murid.Oleh itu,murid-murid sepatutnya menghargai jasa mereka.Seorang doctor,seorang angkasawan,seorang perdana menteri semuanya bermula daripada didikan dan asuhan seorang guru.
Hadirin yang saya hormati,
Guru merupakan seorang insan yang tidak pernah mengenal penat lelah dan tidak pernah berasa bosan untuk mengajar murid-murid.Guru dibaratkan seperti seorang artiket yang membina masa hadapan murid-murid.Walaupun guru telah sempuna melaksanakan tanggungjawab,namun,semuanya bergantung kepada kita sama ada kita menggunakan ilmu yang disampaikan oleh guru kepada jalan yang benar ataupun yang salah. “Tepuk dada tanya selera.”
Justeru,saya ingin memohon kemaafan atas tingkah laku yang menyebabkan guru-guru berkecil hati.Kami juga mungkin terkasar bahasa dan terlanjur bicara.Jadi,kami berharap agar guru-guru tidak menyimpan di dalam hati.
Sekian ,terima kasih.
[ 本帖最后由 无名琦 于 2010-3-22 05:49 PM 编辑 ]